Thursday, March 24, 2011

Andai Kau Tahu

Andai kau tahu
Kau yang terpenting antara mereka
Kau tentu tak akan pergi.

Andai kau tahu
Kau sentiasa buat aku tersenyum
Kau pasti tak akan hilang.

Andai kau tahu
Kau terindah walau sebentar
Kau tentu akan bangga.

Andai kau tahu
Kau sinar digelapku
Kau pasti selalu hadir.

Andai kau tahu
Kau udara setiap nafasku
Kau tentu sentiasa ada.

Tuesday, March 22, 2011

Seratus Fakta Tentang Saya

  1. sangat sayang pada family saya
  2. juga sangat sayangkan kawan-kawan saya
  3. tak suka susahkan diri menaiki kenderaan awam kesana-kesini
  4. suka menulis lagu dan berkarya walaupun tidak seberapa
  5. meminati muzik bergenre rock lama-lama sebab hanya itu yang mampu tenangkan hati saya
  6. sangat suka menyanyi tidak kira dimana tempatnya
  7. akan nangis tengok sebarang cerita tidak kira bahasa asalkan sedih pasti meleleh
  8. suka ingat pada kenangan-kenangan lama walaupun menyakitkan hati
  9. asyik berangan satu hari akan dapat teman sekacak Farid Kamil :)
  10. cepat mengamuk kalau panik
  11. tidak suka memandu dalam sebarang masa atau keadaan
  12. tidak pandai mengampu orang
  13. sukakan aktiviti lasak seperti bermain PS1, PS2 dan PSP
  14. sangat membenci Matematik
  15. suka bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun tunggang terbalik
  16. cepat tersentuh walaupun diusik sedikit oleh kawan-kawan
  17. suka mengalah
  18. tak suka simpan dalam hati kalau saya tidak suka
  19. tak suka berpikir sebelum bertindak
  20. suka menyesal lepas buat keputusan
  21. sangat admire pada BB
  22. mahu menjadi seorang freelance di masa akan datang
  23. terpukau bila nampak kereta-kereta lama
  24. bila kawan-kawan buat muka kesian saya akan cepat jatuh pengsan
  25. tidak pandai menolak MCD walaupun tidak banyak duit dipoket
  26. sangat suka tengok gadis-gadis cantik berbanding jejaka kacak
  27. cepat tersentuh bila Mazne Aznan marah saya
  28. akan buat tak tahu kalau Fatin Razali marah saya
  29. sangat pemurah pada orang yang pemurah dengan saya
  30. tak suka pada makhluk yang mengada-ngada
  31. suka belikan mak abah hadiah bila duit melimpah
  32. sangat suka pada air milo ais yang Najaha Jamian buatkan
  33. sangat suka makan nasi goreng sotong
  34. langsung tidak meminati durian sedangkan saya makan tempoyak dan santan durian
  35. sukakan white chocolate sangat sangat
  36. tidak suka pergi camping
  37. pernah opret ligamen sebab jatuh tangga
  38. tak suka seksa diri dengan berjalan jauh-jauh
  39. tak boleh hidup kalau tiada kenderaan
  40. benci amat dekat lipas
  41. sangat sayang pada hamster-hamster saya
  42. saya takut pada Suhadah Azizan sebab dia garang
  43. suka melalut berangan bukan-bukan masa dalam jamban
  44. tak suka pakai shampoo rejoice
  45. sangat-sangat takut tengok jarum dan darah yang melimpah-limpah
  46. tidak begitu berdikari kerana masih telefon emak kalau saya demam
  47. sangat ambil berat pasal keluarga dan kawan-kawan sebab mereka nyawa saya
  48. suka makan kuih chara berlauk 
  49. sangat adore pada masakan emak 
  50. tidak suka orang yang kedekut
  51. penakut yang teramat sangat bila gelap
  52. saya bukan orang seni macam Fatin Razali
  53. tidur malam perlu ada empat bantal sekurang-kurangnya
  54. tidak suka pentingkan diri
  55. suka makan otak-otak
  56. meminati coke yang sudah semacam dadah
  57. suka tidur lewat pagi
  58. suka lagu my all ketat-ketat
  59. seorang pemujuk yang sangat handal
  60. suka merayap malam-malam sebab tak reti duduk rumah sahaja
  61. bukan seorang yang pandai
  62. suka pada warna putih,kuning dan merah dan segala warna yang menyerlah
  63. suka main badminton
  64. rimas bila orang menggedik-gedik
  65. suka berenang
  66. suka menonton wayang cerita seram-seram walaupun hanya buka sebelah mata
  67. tidak suka bangun pagi-pagi buta
  68. tidak pandai keluar berjalan seorang diri
  69. suka kacau orang bila-bila bosan
  70. perlukan oksigen untuk hidup setiap hari :)
  71. tidak suka naik tangga walaupun setingkat
  72. lemah bila nampak lelaki tampan melintas depan mata
  73. bukan seorang facebooker yang tegar
  74. tidak kisah kalau tidak menghadap lappie sehari
  75. suka mengarah orang lain buat itu ini
  76. pantang nampak kaca mata yang kacak
  77. suka membazir pada benda-benda yang tidak perlu
  78. sangat rimas pakai heels
  79. suka ulang-ulang dengar lagu yang sama kalau lagu itu kesukaan saya
  80. saya sayang gitar saya
  81. suka pada barangan paul smith
  82. pernah admire pada barangan crocs
  83. gila mengumpul duit 5posen
  84. suka layan Yahoo Messanger yang sangat annoying bila boring-boring
  85. tidak suka menipu tapi selalu menipu
  86. suka merajuk dekat mereka yang suka pujuk
  87. tidak pandai bawa diri ditempat asing
  88. tidak pandai menjahit walau sejengkal
  89. suka makan aiskrim vanilla
  90. suka merepek merapu kalau ada yang layan
  91. tidak pandai cakap tidak kalau orang minta tolong
  92. sangat boros dan cepat kayap
  93. tidak pandai berjimat kalau soal makan
  94. cinta ayam sampai mati
  95. masih pakai dua handphone walaupun dah berkali abah rampas (degil)
  96. meminati Jessica Alba teramat sangat
  97. tidak suka menunggu untuk jangka masa yang lama
  98. seorang pendengar yang baik
  99. suka pandang bulan sebab bulan boleh buat saya tenang
  100. sentiasa akan jadi diri saya walaupun orang tidak suka

Tuesday, March 8, 2011

:) (2)

walau mereka kata
heh,kenapa kau dengan dia?
walau mereka tanya
heh,mata kau dah kenapa?
walau mereka cakap
boleh carik yang elok sikitkan?
kau tetap sama,masih tetap myUtama

walau kadang kadang terasa cakap sorang sorang,
walau kau tak pernah buat aku melayang layang,
walau kau hanya bawa makan cucuk cucuk sebatang sorang,
walau nak keluar duit kau sering bilang bilang,
walau kau selalu buat aku dengar cakap orang,
kau tetap sama, masih tetap aku sayang,
sekelip kau tiada,pasti sedih berulang ulang.

:) (1)

kau tak kacak,tapi kau menarik
aku tak heran,buat buat tak tertarik
kau annoying gila
buat benda ikut kepala
huh, tolongla kau jangan mengada

ya orang panggil kau nama gempak
tapi aku selalu buat tak nampak
tak suka tengok muka kau berlagak
pasal kau suka buat mata terbeliak
huh, boleh buang that annoying features tak?

the reality is kau penyedap mata
sungguh tak boleh tipu kau penenang jiwa
even kau si annoying padaku kadang kala
kau tetap paham tak seperti mereka
walau aku avoid kau selalu ada
hey kau mahu tahu? kau aku yang punya