Thursday, February 10, 2011

Ini Bukan Cinta!


Si lady. Berkaseh sayang bagai nak rak dengan si guy. Bila sampai tahap mereka ni dah tak boleh nak membahagiakan satu sama lain, mereka pun menjarakkan diri masing-masing. Yang peliknya masih nak pertahankan hubungan hingga membawa kepada pertunangan. Alasan, dah lama bercinta. Kaedahnya malu dengan family. Sementara si lady ni tengah sedih sedih katakan guy ni berubah, datang pulak teman baik guy ni kononnya sebagai penasihat hubungan yang retak. Ya, memang betul pun penasihat yang baik. Pasal si kawan baik ni sedang mengebas si lady ni dengan ayat ayat dia yang konon berbakat menenangkan hati kekaseh teman baik dia. Yang lady ni dah jadik tunangan orang pun melayan si kawan baik ni semacam lebih dari tunang sendiri.

Melihat situasi semacam ni, aku sendiri tak paham apa sebenarnya cinta tu. Rapuh sangat ke hati seorang wanita sampai kalah dalam mempertahankan cinta sendiri. Berpatah arah dengan mengatakan teman lelaki dia berubah, marah tak bertempat, suka layan member member perempuan kat FB, suka tak return call walaupun di miss call sampai jari lebam and tak pernah ingat dia bila keluar dengan kawan kawan. Pada aku apa yang aku nampak, si lady salah banyak jugak. Mengecewakan hati orang yang kita cintai untuk orang yang hadir kemudian merawat sedikit luka kita, sangat salah. Boleh kita nak marah, nak kata pasangan kita berubah. Tapi biarlah tiada kecurangan macam ni jadik. Pendapat aku, bila dah sayang, dah janji nak sehidup semati, dah bercinta bagai nak putus nyawa, tak perlulah hadirkan orang ketiga yang meminjamkan bahu menanggung sama sedih kita.

LUMRAH. Mana mana kisah cinta pun akan ada sedih. Permulaan bagi setiap hubungan yang wujud dalam dunia yang fana ni - Sangat baik - Semakin kurang - Perlu diperbaiki -. Terpulang kepada individu macam mana nak mencorak semula hubungan yang semakin rapuh. Kalau penuh sabar, yang kurang, pasti kembali baik. Kalau sama naik berlumba nak tunjuk siapa lebih ego, memang tak la. Tak yang macam mana, haa ini yang kita tak tau.  

Wednesday, February 9, 2011

Lelaki Dan Perempuan Serupa Pasal?

Satu.  Lelaki mana pandai pujok memujok. Sedangkan perempuan mahir bab bab cenggitu untuk mempertahankan hubungan centa mereka. Haa, ape yang sama adalah lelaki pulak pandai jugak memujok. Masa baru baru kenal bukan ke kaum mereka ini yang mengayat anda oh gades. Konsep yang sama, untuk tujuan yang berbeza.

Dua.  Perempuan, setia nak mati. Sanggup sabar je kalau dah sayang. Lelaki ade? Jarang nak dapat sesabar perempuan. Bukan takde. Ada. Tapi jarangla kan. Haa, apa yang sama adalah. Lelaki mampu jadik pencinta yang setia nak mati jugak bila si gades tunduk pada permintaan mereka. Heh si gades, jangan jadik goblok yah. Anda mampu mengubahnya. Mahkota anda hanya untuk si dia yang layak memiliki sahaja.

Tiga. Percaya atau tak seorang perempuan pada dasarnya cepat lupa. Pelupa mereka ni tahap melampau lampau. Kenapa saya kata gitu is because mereka ni mudah memaafkan segala salah silap pasangan mereka dan boleh belagak lagak tiada apa jadik sambil menerima si lelaki dengan hati yang sangat terbuka. Bagus sebenarnya attitude ni oh gades. Tapi janganlah sampai kamu terpaksa kutip hati kamu yang jatuh besepah sepah tepi jalan sebab memendam rasa yep. Haa, apa yang sama adalah, si lelaki juga pelupa tahap melampau kerana sering tak tepati janji janji mereka yang tak seberapa manis tu. Lepas tu buat buat tak paham dan berlagak seperti tidak bersalah.

Tuesday, February 8, 2011

MeFavvie -MIMPI YANG MATI-


Am                       Dm
Tak sengaja genggaman ku terbuka
G                            C
lantas ku gapai bintang yang berjuta
F                         Dm        
bintang yang ku impikan menerangi
E                            Am  
takkan ku biarkan berlalu pergi

Am                       Dm
Andai benar kau menjadi milik ku
G                      C
mencintai mu menjadi sumpah ku
F                      Dm   
namun jika hadir mu satu mimpi
E                 Am
aku rela tidur sepanjang hari


c/o
Am                   Dm
Ku tunggu mentari di hujung siang
G                       C          
tak ku sangka awan hitam menjelang
F                     Dm
sumpah ku jadi tak pasti
 F                  E
nyatalah mimpi, mimpi yang mati
Am                       Dm
genggaman tangan ku terbuka sepi
G                   C
menambah diri mu satu ilusi
F                         Dm
bintang yang ku gapai tak berpanjangan
E                            Am
hadir mu di dunia hanya pinjaman

c/o
Am                   Dm
Ku tunggu mentari di hujung siang
G          C          
tak ku sangka awan hitam menjelang
F             Dm
sumpah ku jadi tak pasti
F                    E
nyatalah mimpi, mimpi yang mati

BF vs BFF

BoyFriend boleh tak kita bandingkan dengan BestFriendForever kita? Kandang kadang from the sight of my eyes ada yang sangat sangat bergantung and looks like parasites melekat dekat BoyFriend mereka. Sometimes benda benda macam ni nampak annoying but sometimes can be so so sweet. Ada pulak yang sampai lupa kawan and tak hirau langsung nak hangout dengan besties mereka semata nak nempel dengan kekaseh hati. Huh! ini yang annoying punya site. Sebenarnya kita kena equal dengan both.. pasal dua dua sama penting. BF and BFF sama sama tempat kamu share suka dan duka. Bak kata orang, happy sama sama and sedih lagik la besama.

KAMU KENA JAGA BF KAMU... 
  1. Pasal dia yang sanggup dengar kamu membebel pasal BFF kamu nanti
  2. Pasal dia saja yang rasanya akan manjakan kamu sampai kamu lupa macam mana nak order makanan di kedai makan
  3. Pasal dia satu dalam seribu sebab dia masih ada disisi kamu walaupun kamu so annoying pada pandangan mata orang
  4. Pasal bahu dia yang kamu pinjam masa kamu tengok wayang and tetiba rasa ngantok
  5. Pasal dia saja yang rajin melayan kerenah kamu yang kadang kadang tak dapat dilayan oleh orang sekeliling
  6. Pasal dia selalu adakan apa yang kamu mahu dan bakal mahu tanpa kamu perlu meminta minta dan buat muka kesian
  7. Pasal dia adalah antara salah seorang orang yang akan membuat kamu rasa diri kamu penting dimuka bumi ini
KAMU KENA JAGA BFF KAMU...
  1. Sebab mereka adalah tempat kamu bercerita tentang love life kamu
  2. Sebab mereka yang ajar kamu tentang realiti hidup ni
  3. Sebab mereka yang sentiasa ada untuk kamu masa BF kamu tiada
  4. Sebab mereka sedia sedih dengan kamu bila bila masa sahaja
  5. Sebab mereka akan selalu salahkan BF kamu kalau kamu bedua gaduh walaupun itu salah kamu
  6. Sebab mereka yang akan sama sama mengarut dengan kamu sampai gelak kamu besambung sambung tanpa henti
  7. Sebab BFFs are forever dan takan mudah kita dapat ditepi jalan mahupun ditengah jalan

Monday, February 7, 2011

.Berjimba dengan blog pulak.

Hahah. Fatin Razali terime kasihla. Mengajak aku dengan jayanye mengjoin kau merepek gunakan blog masing masing*buat muke siket. Dah lame sgt dah aku tinggalkan blog. Now i wanna start it fresh again.