Wednesday, February 9, 2011

Lelaki Dan Perempuan Serupa Pasal?

Satu.  Lelaki mana pandai pujok memujok. Sedangkan perempuan mahir bab bab cenggitu untuk mempertahankan hubungan centa mereka. Haa, ape yang sama adalah lelaki pulak pandai jugak memujok. Masa baru baru kenal bukan ke kaum mereka ini yang mengayat anda oh gades. Konsep yang sama, untuk tujuan yang berbeza.

Dua.  Perempuan, setia nak mati. Sanggup sabar je kalau dah sayang. Lelaki ade? Jarang nak dapat sesabar perempuan. Bukan takde. Ada. Tapi jarangla kan. Haa, apa yang sama adalah. Lelaki mampu jadik pencinta yang setia nak mati jugak bila si gades tunduk pada permintaan mereka. Heh si gades, jangan jadik goblok yah. Anda mampu mengubahnya. Mahkota anda hanya untuk si dia yang layak memiliki sahaja.

Tiga. Percaya atau tak seorang perempuan pada dasarnya cepat lupa. Pelupa mereka ni tahap melampau lampau. Kenapa saya kata gitu is because mereka ni mudah memaafkan segala salah silap pasangan mereka dan boleh belagak lagak tiada apa jadik sambil menerima si lelaki dengan hati yang sangat terbuka. Bagus sebenarnya attitude ni oh gades. Tapi janganlah sampai kamu terpaksa kutip hati kamu yang jatuh besepah sepah tepi jalan sebab memendam rasa yep. Haa, apa yang sama adalah, si lelaki juga pelupa tahap melampau kerana sering tak tepati janji janji mereka yang tak seberapa manis tu. Lepas tu buat buat tak paham dan berlagak seperti tidak bersalah.

No comments:

Post a Comment