Thursday, July 21, 2011

Memory

Kalau kenangan tu macam air
Akan aku masuk dalam peti ais supaya beku.

Kalau kenangan tu macam tanah
Akan aku simen supaya aku tak terpijak.

Kalau kenangan tu macam api
Akan aku simbah air supaya tak terus terbakar.

Kalau kenangan tu macam angin
Akan aku berdiri bertentangannya supaya tidak terlepas sedetik hembusan.

Namun kenangan bukan air, bukan tanah, bukan api, bukan angin
Kenangan berbenihkan tingkah, tertanam dihati, mekar diingatan
Sukar kita miliki, mustahil kita lupakan.

Tuesday, July 19, 2011

.I Want This.


It is a very attractive book. I want it so much :)

Thursday, April 14, 2011

I Admire You Baby

All I want are them. Please gimme one.

 CurveCURVE 

BoldBOLD

StormSTORM

TorchTORCH


I'll do anything to get you. Haha. Cepatlah hendaknya saya kerja. Nak itu nak itu :)

Wednesday, April 13, 2011

Tunggu Aku Di Surga

Berakhir sudah
Cinta yang telah lama kita bina
Semuanya hanya tinggal cerita
Yang terukir indah dihatiku.

Perasaan ini
Takkan pernah mati
Walau sampai akhir nanti
Kau selalu dihati

Perasaan ini
Akan selalu ada
Meski kau telah tiada
Tunggu aku di surga.


Tuesday, April 12, 2011

Heart Them

Dalam hidup kita ini sebagai manusia pasti ada sesuatu yang kita sayang lebih dari diri kita. Kalau boleh apa yang kita sayang itu kita nak ia bekekalan sampai bila-bila. Tak dapatla macam tu jepp. Sebabnya pasti satu hari kita akan kehilangan atau kita yang hilang. Sekarang cuba kamu orang scroll ke bawah dan welcome to the life of mine :).


Ini adalah the sweetest heart of mine,lahir dan jaga saya sampai sekarang.


Ini adik-adik saya,sayang mereka sampai mati.

They are also as like sisters to me. I love you both juga sampai hujung nafas.

Ini kekasih hati saya. Sayang kamu teramat sangat. <3

Akan mati tanpa mereka. Sayang mereka juga teramat sangat. <3

Mereka perkara baru yang paling indah bagi saya. Sayang kamu orang ketat ketat. <3

Perkara terbaik untuk meluahkan segala perasaan. Kretipla konon. >.<

Inilah perkara terbaik saya di dalam hidup yang sentiasa kekurangan neyh. Bagi saya apa yang kita ada sudah memadai sebenarnya. Cuma kita perlu mengajar diri supaya sentiasa bersyukur dengan sedikit kelebihan yang Allah beri. Seperti yang saya kata,apa yang kita ada tidak akan kekal selamanya dengan kita. Apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa apa kepunyaan kita sebelum,sekarang mahupun akan datang sentiasa berada di dalam keadaan yang menyenangkan. Renung-renungkanlah dan selamat beramal. :)

Friday, April 8, 2011

Harus Tahu

Kau harus tahu
Kau bayang setiap anganku
Yang meyakinkan jiwa
Diriku ada orang cinta

Kau harus tahu
Kau malam setiap siangku
Yang buat aku terbuai suka
Jalani mimpi setiap ketika

Kau harus tahu
Kau hembusan setiap nafasku
Yang menjadi segala penawar
Agar aku tidak terlihat hambar

Jelasnya memang aku pinta
Engkau tahu segalanya
Agar kau tahu engkau siapa
Dihati aku selamanya.

Tanpa Curang

Buka mata mentari tiba
Dipagi hari hati dah sepi
Tidak seperti sebelum ini
Celikku sebab telefon berbunyi

Kusangka kamu cinta akhirku
Bak kata orang ku cinta mati
Tak sangka cerah bertukar hujan
Cinta kita tak dapat lagi bertahan

Setia menanti sabar menunggu
Persetan kata-kata itu
Tabahkan diri tuk pertahankan lagi
Namun semuanya ditangan Illahi

Cinta dah berzaman sedih tidak keruan
Hampa kau berikan kerana kau dengar sebukan orang
Aku berani sumpah yang aku kata bukan sebarang
Kucinta kamu tanpa curang.