Friday, April 8, 2011

Terkilan

Sukar benar untuk ungkap
Bila tersuluh kau silap
Ego sahaja aku hadap
Menghalang mulut dari ucap

Kau sanggup bertikam lidah
Tergamak lihat airmata melimpah
Bertengkar hingga menyumpah seranah
Seakan menyesal apa yang sudah

Aku berfikir kadang termenung
Pedih luka aku tanggung
Segala susah yang aku harung
Tidak kau kenangi langsung

Kau pergi sudah berbulan
Kau diam aku tak faham
Tidak marah cuma terkilan
Harap kau sedar dan aku maafkan.

No comments:

Post a Comment